RSS
email
0


Saat kejayaan di tagih, usaha itu menjadi taruhnya

Saat kejayaan diharap, kosentrasi itu jadi ukuran

Saat kejayaan di impikan, angan-angan itu jadi peransangnya

Saat kejayaan di dambakan,padaNya saja di sandarkan segalanya



Semoga kejayaan itu, akan dimiliki satu masa nanti

Read more
1

Happy Chinese New Year

Read more
0

Bermulanya 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Diharapkan berada dan sihat-sihat hendaknya. Alhamdulillah, pertamanya ingin saya memanjatkan kesyukuran kepada allah s.w.t kerana dengan limpah nikmatnya masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dalam tahun yang baru ini iaitu tahun 2010. Banyak-banyak nikmat adalah nikmat kehidupan di dunia Allah s.w.t. Tahun 2009 telah meninggalkan pelbagai peristawa dan kenangan-kenangan yang manis, pahit, masam dan masin boleh dikatakan 1001 rasa.Walaupun kehidupan seharian, sering kita temui kegagalan yang sering membawa kita kepada fenomena kerunsingan ,kesedihan dan keterujaan serta berputus harap untuk meneruskan kehidupan. Tetapi sebagai insan yang dijadikan Allah dimuka bumi ini masih beruntung selagi kita dapat menghirup nikmat udara dan nadi masih berdenyut untuk terus hidup. Dalam ertikata lain selagi kita masih hidup kita masih mempunyai ruang-ruang untuk memperbaiki apa jua musibah dan malapetaka yang menimpa ke atas diri kita. Asalkan kita tidak cepat berputus asa sentiasa redha dan bersangka baik dengan Allah SWT Tuhan pencipta yang maha agung. Itulah sebuah kehidupan.. Setiap dugaan yang di terima dalam kehidupan tahun 2009 telah mengajar saya menjadi lebih dewasa dan lebih matang dalam menjalani dunia kehidupan.

Semenjak menamatkan pengajian di MMU satu bulan lepas, saya telah berkecimpung dengan dunia kerja yang sebenar. Banyak pengalaman yang di perolehi. Antara business yang saya jalankan adalah business “Gaharu”. Dalam dunia gaharu ini, perlbagai orang yang telah saya temui tidak kira bangsa atau pun agama. Mencari pengalaman dan pengatahuan yang lebih mendalam tentang dunia gaharu telah meyebabkan saya berpusing seluruh Negeri di seluruh Malaysia. Insya-Allah pada 14-18 February 2010 kunjungan seterusnya adalah di sabah.

Kepada sahabat yang melanjutkan dunia pelajaran, Selamat Belajar diucapkan. Study elok-elok yer.. Good Luck!! ;)

Harapan pada tahun baru ini, supaya saya lebih maju kehadapan.

“Allah merancang, Manusia merancang, sesungguhnya perancangan Allah maha sempurna”

Dengan kesempatan ini, ingin saya Ucapkan “Selamat Tahun Baru 2010”pada seluruh malaysia dan “Selamat Tahun Baru Cina” bagi kaum cina.
Read more
2

Good Luck to ALL My Friends..


~Salam Perjuangan~

Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar, Exam adalah kemuncak dalam dunia pelajaran.
Dalam diam x diam, mahu ataupun tidak.. Kesukaran ini harus di hadapi oleh semua yang di gelar sebagai pelajar.

Dengan Kesempatan ini, Ingin saya memohon maaf kepada semua sahabat2 jika ada terkasar bahasa, atau pun mengguris hati sahabat secara sedar mahupun tidak sedar. Tidak lupa juga pada guru-guru saya yang telah banyak melimpahkan ilmu kepada saya. Pohon maaf di pinta, dari hujung rambut ke hujung kaki.
Halalkanlah ilmu yang telah dicurahkan kepada kami.

Semoga kita sama2 dapat memperolehi kejayaan

Takbir!!!
"Allahuakbar!!!"




Read more
1

MaRi TuNaiKAn SoLaT


BiLa MaTa B'teMu MaTa,
aKan mULa RaSa SYG,
BiLa HaTi b'TeMu HaTi,
aKaN MuLa rasa KasiH..

TaPi..
BiLa dAhi bErTeMU sEjAdaH,
PerLu HaYatI kEBeSarAN ALLAH S.W.T



KHUSYUK DALAM SOLAT

Apabila kita bicara tentang solat..
Sering kita tertanya2.. sempurnakah solat kita..
Khusyukkah solat kita?
disini Ingin saya kongsikan bersama..
Seorang ahli Ibadah "Isam Bin Yusuf" yang sentiasa ingin memperbaiki
dirinya dalam Ibadah Solat.
"semoga kita sama2 dapat jadikan sebagai tauladan"
~Insya-Allah~



Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf,dia sangat warak dan sangat khusyuk dalam solatnya.Namun dia selalu khuatir kalau kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.Pada suatu hari,Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya:"Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?"Hatim berkata:"Apabila masuk waktu solat,aku berwudhu'zahir dan batin."
Isam bertanya:"Bagaimanakah wudhu'zahir dan batin itu?"Hatim berkata:"Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air.Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

1]Bertaubat
2]Menyesali dosa yang dilakukan
3]Tidak tergila-gilakan dunia
4]Tidak mencari/mengharap pujian orang[riya']
5]Tinggalkan sifat berbangga
6]Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7]Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata:"Kemudian aku pergi ke masjid,aku kemaskan semua anggotaku dan mengadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t.ada di hadapanku,syurga di sebelah kananku,neraka di sebelah kiriku,malaikat maut berada di belakangku,dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menanggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku,kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu',aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."Apabila Isam mendengar,menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.....

Wallahualam.....


Dipetik Dari:

http://www.bincang.net/forum/showthread.php?s=4707fda41648cdbe7d40eb8de4df6885&t=96845

Read more
0

Jom Ramai-Ramai!!


Penerangan Tentang HPA "MMU Melaka"

Date : 8 Dec 2009
Venue : FSER 4001
Time : 8.45pm

Any interested, please contact

Mr. Fakhrurazi – 0136285794
Mr. Zulfazlizan - 019-6289364
Read more
0

Nilai Persahabatan



HiLangnya seorang teman,
IbArat hiLaNg sEbelah TanGaN.
Lukanya Boleh DiUbati,
Tapi Hilang tiada Ganti
Read more
 

Friends