RSS
email
0

PADA MLM ITU??


Pada malam itu, sampai saja di Melaka; saya mendapat satu panggilan daripada seorang sahabat. "hello fakhrul!! macam mana datang x??" Hampir terlupa; pada malam itu "Pesatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi" telah mengadakan BBQ kecil-kecilan. Dan saya pun menjawab "Ok2 nanti aku datang." Dalam penat, saya pun bergegas ke sana. Tanpa disedari, rupanya pada malam itu sambutan hari jadi dari mula Jun-Dec 08 juga ada dalam tentatif pogram. Hadiah juga telah diberikan kepada yang berkenaan. Oh.. sungguh terharu rasanya. Terima kasih di ucapkan kepada "Pesatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi".
Tidak lupa juga, ingin saya ucapkan terima kasih kepada seseorang; diatas pemberian yang amat dihargai.

"TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA"
Read more
0
Read more
0

BATU API !!


Cerita ini mengisahkan seorang makhluk ataupun seorang manusia yang mempunyai hasad dengki kepada ku. kenapa perlu adernyer hasad dengki? adakah sanggup mengapikan lecture ku?
pada asalya, memang benar salahku kerana tidak hadir ke kelas. tanpa aku sedari, pada hari yg sama presantation telah dijalankan yang mempunyai 20 marakah. Aku sungguh sedih kerana lebih mementingkan bola daripada pelajaran. apa nk jd pada akunie?? benda yang penting boleh lupa.. ish2... Aku cuba untuk memohon kpd lectureku untuk presantation pada hari yang lain. tp yang sangat sedih disini, rakan sekelasku cuba untuk mengapikan lectureku supaya tidak membenarkan aku untuk presant pada hari yang lain. apakah salahku wahai kawan?? jgnlah cuba untuk jadi "BATU API". Wahai sahabat, dirimu harus ingat, mungkin hari ini adalah hari aku.. Mana tahu hari esok, lusa hari kamu pula.
Read more
0

Menanti Di Barzakh




Menanti Di Barzakh (Bayati, Bayati Husaini & Nahwand)
by Far East



Read more
0

TERIMA KASIH


Alhamdulillah selesai sudah perlawanan bola pada hari ini. Walaupun keputusan amat menyedihkan, tp aku tetap gembira diatas perlawanan ini. secara tidak lansung dapat menimba pengalaman dan mengajar aku bekerja dalam satu pasukan. kekalahan ini tidak bermakna akan kalah selamanya. Aku percaya pada suatu hari nanti kami akan berjaya. UPGFC BOLEH!!!

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pengurus dan sahabat-sahabat yang sudi untuk bersama bermain dalam satu pasukan. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih pada para penyokong secara lansung mahupun tidak lansung; yang sudi memberi kami semangat dalam perlawanan. Ucapan maaf dipinta jika mengecewakan.
Read more
0

IBADAH KORBAN






Alhamdulillah, selesai juga ibadah korban pada Tahun ini. Ibadah korban adalalah bermulanya daripada sirah Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepadanya supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan seekor biri-biri sebagai ganti kepada anaknya. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa kepatuhan Nabi Ismail a.s dalam memenuhi arahan yang diberikan oleh Allah s.w.t tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga.


Nabi Ismail berkata:

"Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar." (Ash-Shafaat:102)


Tujuan sirah ini diceritakan semula, bukan tujuan untuk saya mengajar. Tetapi untuk kita bersama merenung sejenak sirah-sirah para Nabi. Dimana pada masa itu, keimanan kepada Allah sangat mengagumkan.


KORBAN


Al-Udhiyah: Adalah haiwan ternakan yang di sembelih pada hari “IdulAdha dan hari-hari Tasyriq dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Haiwan ternakan yan dibolehkan untuk korban adalah unta, lembu, kambing atau biri-biri.


Menurut Ibnu Taimiyah

“Tidak wajib menyembelih korban, melaikan hanya bagi mereka yang mampu.” (Ibnu Taimiyyah,Majmu’al-fatwa,23/162-164)

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu’anhu dia berkata, rasulullah s.a.w bersabda:


“Sesiapa yang memiliki keluasan (rezeki) namun dia tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.” (hadis riwayat Ahmad (1/321))


Manakala sebahagian ulama’ menyatakannya adalah sunnah.


Namun, menurut pendapat yang lebih kuat dan tepat (rajih) hukumnya adalah wajib bagi setiap orang islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Ali Hasan al-Halabi, Meneladani Rasulullah s.a.w Dalam berhari Raya,


Read more
0

BOLT





Cerita ini amat menarik. Yang menceritakan seekor anjing yang sangat mengasihi tuannya. Yang sanggup melakukan apa jua untuk melindungi tuannya dari segala bahaya. Dan ia merasakan ia adalah wira yang mempunyai kuasa yang sangat hebat. Akan tetapi, ia tidak sedar bahawa ianya hanya dalam lakonan. Pada suatu hari beliau terkeluar dari dunia lakonan kepada dunia yang sebenar. Pelbagai dugaan yang telah dihadapinya di dunia yang sebenar. Barulah ia sedar bahawa selama ini, ia hanya dalam dunia lakonan. Segala kuasa yang ada selama ini adalah rekaan semata-mata. Di akhir cerita ini, Akhirnya anjing tersebut tetap menjadi wira kepada tuannya. kerana telah menyelamatkan tuannya daripada kehilangan nyawa daripada kebakaran.
Read more
1

KENAPA??


Perkataan "Bohong" atau dikenali sebagai "penipu". perkataan ini sangat mendalam maksudnya. setiap manusia atau di kenali sebagai insan, tidak suka di gelar sebagai pembohong ataupun penipu. tetapi perkara ini sering berlaku dalam kehidupan manusia. Walaupun ia sedang berbohang, tetapi masih ingin "menegakkan benang yang basah". Adakah ini yang harus diamalkan dalam kehidupan?? tepuk dada tanya iman.

Disini ingin ku menyatakan perasaan kesal diatas apa yang telah berlaku pada diriku ini. Sahabat yang ku junjung selama ini, tidak berlaku telus. Kenapa ini harus berlaku?? Dalam persahabatan perlu ada ketulusan. Baru akan mencapai persahabatan yang sejati dan insyaallah akan abadi selamanya.

Wahai sahabtku, apa yang ku harapkan perlunya ada sifat ketulusan dalam dirimu. Tidak perlu untuk dirimu berbohong padaku. Mungkin pada dirimu merasakan jika ku di bohongi dirimu dapat mendamaikan hati ini. Tetapi tidak bagiku!!! Jika ku mengetehui kebenaran daripada orang lain bukan darimu, Ia lagi akan menyeksakan dan secara tidak lansung persahabatan akan bertukar menjadi permusuhan.

Sekali lagi dengan kesempatan ini, diri yang hina ini memohon agar kita ada sifat ketulusan dan ikhlasan dalam hubungan persahabatan ini.
Read more
 

Friends