RSS
email
0


Saat kejayaan di tagih, usaha itu menjadi taruhnya

Saat kejayaan diharap, kosentrasi itu jadi ukuran

Saat kejayaan di impikan, angan-angan itu jadi peransangnya

Saat kejayaan di dambakan,padaNya saja di sandarkan segalanya



Semoga kejayaan itu, akan dimiliki satu masa nanti

Read more
1

Happy Chinese New Year

Read more
0

Bermulanya 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Diharapkan berada dan sihat-sihat hendaknya. Alhamdulillah, pertamanya ingin saya memanjatkan kesyukuran kepada allah s.w.t kerana dengan limpah nikmatnya masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dalam tahun yang baru ini iaitu tahun 2010. Banyak-banyak nikmat adalah nikmat kehidupan di dunia Allah s.w.t. Tahun 2009 telah meninggalkan pelbagai peristawa dan kenangan-kenangan yang manis, pahit, masam dan masin boleh dikatakan 1001 rasa.Walaupun kehidupan seharian, sering kita temui kegagalan yang sering membawa kita kepada fenomena kerunsingan ,kesedihan dan keterujaan serta berputus harap untuk meneruskan kehidupan. Tetapi sebagai insan yang dijadikan Allah dimuka bumi ini masih beruntung selagi kita dapat menghirup nikmat udara dan nadi masih berdenyut untuk terus hidup. Dalam ertikata lain selagi kita masih hidup kita masih mempunyai ruang-ruang untuk memperbaiki apa jua musibah dan malapetaka yang menimpa ke atas diri kita. Asalkan kita tidak cepat berputus asa sentiasa redha dan bersangka baik dengan Allah SWT Tuhan pencipta yang maha agung. Itulah sebuah kehidupan.. Setiap dugaan yang di terima dalam kehidupan tahun 2009 telah mengajar saya menjadi lebih dewasa dan lebih matang dalam menjalani dunia kehidupan.

Semenjak menamatkan pengajian di MMU satu bulan lepas, saya telah berkecimpung dengan dunia kerja yang sebenar. Banyak pengalaman yang di perolehi. Antara business yang saya jalankan adalah business “Gaharu”. Dalam dunia gaharu ini, perlbagai orang yang telah saya temui tidak kira bangsa atau pun agama. Mencari pengalaman dan pengatahuan yang lebih mendalam tentang dunia gaharu telah meyebabkan saya berpusing seluruh Negeri di seluruh Malaysia. Insya-Allah pada 14-18 February 2010 kunjungan seterusnya adalah di sabah.

Kepada sahabat yang melanjutkan dunia pelajaran, Selamat Belajar diucapkan. Study elok-elok yer.. Good Luck!! ;)

Harapan pada tahun baru ini, supaya saya lebih maju kehadapan.

“Allah merancang, Manusia merancang, sesungguhnya perancangan Allah maha sempurna”

Dengan kesempatan ini, ingin saya Ucapkan “Selamat Tahun Baru 2010”pada seluruh malaysia dan “Selamat Tahun Baru Cina” bagi kaum cina.
Read more
 

Friends