RSS
email
0

ADUHAI 4 ORANG ISTERIKU

Cerita ini sekadar dikongsikan bersama. sedang ku membelek komputer, aku telah membaca blog seorang sahabat. Cerita yang ditulis sangat menarik. Sehinggakan aku terpaku buat seketika apabila membacanya. Jadi dengan kesempatan ini, inginku kongsikan bersama sahabat2.

ADUHAI 4 ORANG ISTERIKU

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
Read more
0

Aktiviti semasa "CUTI"

Setelah seminggu bercuti, sekarang mulalah kehidupan di melaka semula. sepanjang cuti seminggu nie, keluarga ku ade buat BBQ. Tujuan BBQ ini diadakan adalah untuk mengumpulkan semua ahli2 keluarga yang terdekat. pengarah pogram nie mak long ku.. dialah yang berhempas pulas menyediakan menu tuk malam tu.. huhu.. Apa pun, biarlah gambar yang berbicara
hehehe :P











Read more
0

Tahniah Kepada Komiti "MPBP"

Orang selalu bertanya apada saya apaitu MPBP..? MPBP adalah Minggu Penghayatan Bumi Palastin. Apa pun disini saya ingin mengucapakan Tahniah kepada Pengarah MPBP, Jawatan kuasa MPBP, tidak lupa juga pada komiti-komiti yang sentiasa besemangat untuk menjayakan pogram ini. Disini juga saya ingin memohon maaf diatas ketidak hadiran saya pada malam penutup MPBP. Ini kerana saya terpaksa menuju ke Negeri Sembilan Untuk Menyelesaikan assgmnt. Walaupun saya x berada pada malam tersebut, tetapi hati saya sentisa bersama anda semua. Sekali lagi diucapkan "TAHNIAH".

GAMBAR SEBELUM MAJLIS PENUTUP "MPBP"





Read more
0

Mencintai x semestinya memiliki

salam pada sahabat, sekadar bincang-bincang petang huhu...
Dalam usia remaja, sering diungkapkan atau dikaikan tentang cinta. tapi benarkah cinta boleh mengubah segalanya..? Kadang2 saya merasakan muak atau loya apabila sering diceritakan tentang cinta. Ini kerana bukan semua faham apa erti cinta yang sebanar. sedangkan saya sendiri tidak tahu apa maksud cinta yang sebenar. Kadang-kadang sebahagian daripada mereka sanggup bekorban apa sahaja demi "Cinta". Tapi pernahkah mereka sedar..? Kadang-kadang mereka hanya bagai dipermainkan (Golongan ini amat saya simpati). Apa pun yang penting, kita kene cinta pada diri sendiri terdahulu.

Seorang Gadis Buta
(Sekadar Cerita kepada Mereka Yang Sedang Bercinta)

ader seorang gadis bute, semua bencikan die, kecuali kekasihnya, gadis itu selalu berkate sy akn mengahwini awak jika saya boleh melihat. pada suatu hari ade seorang yang mendrmakan mate kepade gadis itu, bile gadis itu boleh melihat, dia merasa sangat terkejut apabila kekasihnya juga bute. lalu kekasihnya berkate "Sudikah awak mengahwini saya??" lalu gadis itu dengan serta merta menolak dan berkata "Tidak!!". Kekasihnya senyum dan sambil berkate " Tolong jaga mata saya baik-baik".

disebabkan cinta dan sayang kepada kekasihnya, sanggup beliau bekorban untuk mendermakan mata beliau kepada kekasihnya. Tetapi malangnya pengorbanannya lansung tidak dihargai.

*dituju pada sahabatku yang sanggup berikat perut.


Read more
0

“ BAITULMAQDIS A PLACE OF WORSHIP OF 3 FAITHS”

Assalamualaikum wbt


Let’s come to a talk on Palestine issue…


“ BAITULMAQDIS A PLACE OF WORSHIP OF 3 FAITHS”


Date: 12th March 2009 (Thursday)

Time: 8 p..m.

Venue: CLC A2

Speaker:

1) Prof Madya Dr Zainur Rashid from Aman Palestin

2) Dr Radwan Jamal Yousof from UIAM

Language: English and Malay


*Don’t miss it!! All are invited to come to the talk!!


Regards,

"USRAH MEANS FAMILY"

Usrah Institution 0809
Multimedia University
Melaka Campus

Read more
0

Dari Seorang SaHAbat Kpd SaHAbat

Jika 'RUPA' mEnJadi Ukuran,
TaK LaYaK aku jAdi SaHabatmu,
JikA 'Harta' Jadi BaTasaN,
TaK MaMpu aku jAdi SaHabatmu,
Jika 'KEIKHLASAN' yAng Didamba,
Itulah TerSeMat 'PENUH' Di Hatiku


Read more
0

Oh Susahnyer..

Hari ini merupakan hari selasa bersamaan 10.3.2009 (selasa) aku telah menghadapi satu exam yg digelar sebagai midterm taxation. oh tidak!! susah soalahnya..
rasa macam nk menangis jer.. puas jer study dari pada pagi sampai petang.
tp masih x boleh jawap..
aperkah!!!!... Oh tidak!!!

Aper pun esok masih ader lg satu paper AUDIT2..
Harap2 dapatlah jawap..

~AMIN~


Read more
1

Demonstrasi PPSMI





DEMONSTRASI (PPSMI)
Bahasa melambangkan bangsa. Satu demonstrasi telah di jalankan pada 7 mac 2009 di "Istana Negara" adalah bertujuan untuk menyampaikan memorendom pada sultan bahawa rakyat bersatu hati ingin menyampaikan hasrat kepada sultan bahawa supaya memansuhkan pengekalan Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Kita sedar, bahawa pentingnya penguasaan bahasa inggeris pada masa kini untuk menerajui dunia. Tetapi bukan seperti
pengekalan Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Kita tidak memusuhi bahasa inggeris, kita cuma membantah kaedah memajukan bangsa dengan cara begini. Ia bukan memberi manfaat malah banyak memberikan mudarat kepada rakyat. Kebanyakan demonstrasi, ini adalah kali pertama orang asli meyertai demonstasi. Sempat sahabat bertanya pada salah sorang daripada orang asli.

sahabat: Pak berani bapak datang ke demonstrasi ini?
O
rang asli: Bukan masalah berani x berani. dulu anak saya belajar, tidor jam 10 malam. Tapi sekarang, anak saya belajar, tidor jam 8malam.

Ini menunjukkan apa tuan-tuan?? Ini bermaksud anaknya belajar semakin tidak faham apa yang dipelajarinya. lalu tidurnya awal. Perlukah
pengekalan Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)???

TEPUK DADA, TANYA IMAN!!



Read more
0

MMU Olympics!!






satu perlawanan futsal telah diterajui oleh team kami yang bernama "Alpha Lipid". huhu.. Walaupun kami tidak berjaya sebagai johan. tetapi kami amat berbangga diatas pencapaian kami.
Read more
0

relaku mengundur diri



diri sentiasa dalam persaoalan
persoalan yg sering mencari jawapan
entah dimana
persoalan dapat di leraikan

sanggup ku ke hujung dunia
mencarinya
walaupun ku
tidak tahu apa kesudahannya

akhirnya ku temui
jawapan yang sering
ku cari selama ini
walaupun bukan darimu
ku temuinya

biarlah bukti ini
aku sendiri yang mengetahuinya
walaupun pahit
untuk diterima

relaku mengundur
demi kebahagian bersama
supaya tidak lagi terluka




Read more
0

Economy Forum


Assalamualaikum w.b.t and greetings,

Do you know what 'Islamic Economy?' is?
How is it different from the western Capitalist System?
Is it a solution to the world financial crisis?

Usrah Institution will be organizing an Economic Forum entitled;

"Islamic Economy via Horizontal Dimension"

This forum will discuss matters regarding Western Economic System , Islamic Economic System and Islamic Consumerism.

Details of the event is as follows;

Date : 4 March 2009 (Wednesday)
Time : 8.45 p.m
Venue : CLC0003

The forum will be conducted in English and Usrah Institution Academic Awards will also be presented to those who excelled during the previous trimester. So, bring along your friends and experience in depth discussion with our invited experts on economy. Refreshments and SAP points will be provided.

Jazakumullah Khairan Khatira

" Building Ukhuwwah, Mahabah Fillah"

Ahmad Fakhrurazi
Exco
Economy Bureau

Usrah Institution 0809
Multimedia University
Malacca Campus

H/P : 013-6285794
Email : razi_009@yahoo.com.my
Website : http://www.iumelaka.com/v1/



Read more
 

Friends