Sebagai seorang manusia, kita tidak lari daripada perasaan Cinta. Sama ada kita ingin menyintai ataupun di cintai. Itu adalah lumrah seorang manusia. Tapi adakah cinta yang dicari boleh memberi kebahagiaan?? Ataupun boleh memberi kita penderitaan??
Dengan kesempatan ini juga saya ingin berkongsi sebuah kisah tentang cinta yang dilalui oleh sahabat saya sendiri. Beliau boleh dikatakan seorang yang setia pada cintanya. Segala pengorbanan dan kesetiaan yang telah beliau hulurkan kepada cintanya. Tapi apakan daya, cintanya telah bermain kayu tiga. Segala pengorbanan dan kesetiaan yang dihulurkan selama ini adalah sia-sia??. Di sini timbullah satu persolan pada saya. Adakah wanita suka permainkan perasaan seorang lelaki?? Ataupun hanya ingin mempergunakan diatas kesetiaan seorang lelaki??
Seribu satu persoalan yang sentiasa bermain di fikiran saya. Pernah sahabat saya mengatakan lelaki dan wanita adalah sama. Apa yang berliau katakan adalah, “memang kebanyakan perempuan mempermainkan lelaki dan kebanyakan juga lelaki permainkan wanita. Tetapi bukan semua manusia seperti itu”. Sahabat saya juga pernah berkata, jika kita mahukan perempuan atau lelaki yang baik, kita perlu menjadi seorang yang baik.. Yang paling pentig dalam satu hubungan, jika kita sayangkan seseorang, jangan terlampau sayang dan jika kita benci jangan terlalu benci kerana benci boleh bertukar menjadi sayang dan sayang boleh bertukar menjadi benci. Pada awalnya, bukan mudah untuk saya terima hakikat bahawa lelaki dan wanita adalah sama. Tetapi hakikatnya adalah benar.
apa yang saya dapat rumuskan disini, dalam apa pun sebuah hubungan mahupun dalam kekeluargaan. Masing-masing perlu ada kejujuran mahupun ketulusan. Ini yang penting!! Jika kita tiada kejujuran mahupun ketulusan, dalam apa sekalipun tidak akan datang kepada kita erti kebahagiaan.
Dalam f irman Allah (24:26)" Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji, sedangkan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
Dan aku juga berdoa, jika diri ini dipertemukan jodoh, maka pertemukanlah diri ini dengan muslimat yang solehah. Sesungguhnya apa yang kita lihat baik untuk kita, tidak semestinya baik untuk kita. Sesungguhnya allah maha mengetahui apa yang baik untuk kita. Yang penting kita harus berusaha dan barulah di iringi dengan tawakal kepada allah s.w.t. Insyallah kita akan berjaya.. Amin
0 comments:
Post a Comment