Alhamdulillah, selesai juga ibadah korban pada Tahun ini. Ibadah korban adalalah bermulanya daripada sirah Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepadanya supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan seekor biri-biri sebagai ganti kepada anaknya. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa kepatuhan Nabi Ismail a.s dalam memenuhi arahan yang diberikan oleh Allah s.w.t tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga.
Nabi Ismail berkata:
"Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar." (Ash-Shafaat:102)
Tujuan sirah ini diceritakan semula, bukan tujuan untuk saya mengajar. Tetapi untuk kita bersama merenung sejenak sirah-sirah para Nabi. Dimana pada masa itu, keimanan kepada Allah sangat mengagumkan.
KORBAN
Al-Udhiyah: Adalah haiwan ternakan yang di sembelih pada hari “IdulAdha dan hari-hari Tasyriq dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Haiwan ternakan yan dibolehkan untuk korban adalah unta, lembu, kambing atau biri-biri.
Menurut Ibnu Taimiyah
“Tidak wajib menyembelih korban, melaikan hanya bagi mereka yang mampu.” (Ibnu Taimiyyah,Majmu’al-fatwa,23/162-164)
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu’anhu dia berkata, rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memiliki keluasan (rezeki) namun dia tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.” (hadis riwayat Ahmad (1/321))
Manakala sebahagian ulama’ menyatakannya adalah sunnah.
Namun, menurut pendapat yang lebih kuat dan tepat (rajih) hukumnya adalah wajib bagi setiap orang islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Ali Hasan al-Halabi, Meneladani Rasulullah s.a.w Dalam berhari Raya,
0 comments:
Post a Comment