pada 21 Dec 2008 sepatutnya, saya sekeluarga berada di rawang sungai buaya. ini kerana pada hari itu, adalah hari perkahwinan sepupu saya . Tapi malangnya, sebelum 21 Dec 2008 adik saya telah jatuh sakit pada hari jumaat 19 Dec 2008 malam. Ia di kejarkan ke hospital kerana demam panas yang amat kritikal sehingga tidak mengenali orang. Saya daripada melaka bergegas pulang menuju ke hospital kerana bimbang diatas apa yang telah berlaku. Sampai saja saya di sana, saya diamanahkan oleh kedua ibu bapa untuk menjaga adik. Alhamdulillah kesihatan adik bertambah baik. Disini, ingin saya berkongsi keadaan semasa saya berada di hospital. Sungguh memilukan hati, pelbagai penyakit yang ada disana. Ada yang tinggal nyawa2 ikan, ada yang ditebuk perutnya bagi menggantikan buah pinggang buat seketika. ini adalah kerana, darah yang amat kotor. Dan macam-macam lagi yang amat menyedihkan. Kita yang sihat ini, jagalah kesihatan. Penyakit tidak mengenali umur. Saya berharap, adik cepat sembuh sepenuhnya.. AMIN...
0 comments:
Post a Comment