RSS
email
2

Good Luck to ALL My Friends..


~Salam Perjuangan~

Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar, Exam adalah kemuncak dalam dunia pelajaran.
Dalam diam x diam, mahu ataupun tidak.. Kesukaran ini harus di hadapi oleh semua yang di gelar sebagai pelajar.

Dengan Kesempatan ini, Ingin saya memohon maaf kepada semua sahabat2 jika ada terkasar bahasa, atau pun mengguris hati sahabat secara sedar mahupun tidak sedar. Tidak lupa juga pada guru-guru saya yang telah banyak melimpahkan ilmu kepada saya. Pohon maaf di pinta, dari hujung rambut ke hujung kaki.
Halalkanlah ilmu yang telah dicurahkan kepada kami.

Semoga kita sama2 dapat memperolehi kejayaan

Takbir!!!
"Allahuakbar!!!"




Read more
1

MaRi TuNaiKAn SoLaT


BiLa MaTa B'teMu MaTa,
aKan mULa RaSa SYG,
BiLa HaTi b'TeMu HaTi,
aKaN MuLa rasa KasiH..

TaPi..
BiLa dAhi bErTeMU sEjAdaH,
PerLu HaYatI kEBeSarAN ALLAH S.W.T



KHUSYUK DALAM SOLAT

Apabila kita bicara tentang solat..
Sering kita tertanya2.. sempurnakah solat kita..
Khusyukkah solat kita?
disini Ingin saya kongsikan bersama..
Seorang ahli Ibadah "Isam Bin Yusuf" yang sentiasa ingin memperbaiki
dirinya dalam Ibadah Solat.
"semoga kita sama2 dapat jadikan sebagai tauladan"
~Insya-Allah~



Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf,dia sangat warak dan sangat khusyuk dalam solatnya.Namun dia selalu khuatir kalau kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.Pada suatu hari,Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya:"Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?"Hatim berkata:"Apabila masuk waktu solat,aku berwudhu'zahir dan batin."
Isam bertanya:"Bagaimanakah wudhu'zahir dan batin itu?"Hatim berkata:"Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air.Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

1]Bertaubat
2]Menyesali dosa yang dilakukan
3]Tidak tergila-gilakan dunia
4]Tidak mencari/mengharap pujian orang[riya']
5]Tinggalkan sifat berbangga
6]Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7]Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata:"Kemudian aku pergi ke masjid,aku kemaskan semua anggotaku dan mengadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t.ada di hadapanku,syurga di sebelah kananku,neraka di sebelah kiriku,malaikat maut berada di belakangku,dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menanggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku,kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu',aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."Apabila Isam mendengar,menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.....

Wallahualam.....


Dipetik Dari:

http://www.bincang.net/forum/showthread.php?s=4707fda41648cdbe7d40eb8de4df6885&t=96845

Read more
0

Jom Ramai-Ramai!!


Penerangan Tentang HPA "MMU Melaka"

Date : 8 Dec 2009
Venue : FSER 4001
Time : 8.45pm

Any interested, please contact

Mr. Fakhrurazi – 0136285794
Mr. Zulfazlizan - 019-6289364
Read more
0

Nilai Persahabatan



HiLangnya seorang teman,
IbArat hiLaNg sEbelah TanGaN.
Lukanya Boleh DiUbati,
Tapi Hilang tiada Ganti
Read more
2

~Bulan 8~

Kian lama blog ini menyepi,
hari nie nk update betul2 punyer..
kire mcm melepaskan geram kat bloglah nie..
sbb lame menyepi..
sekarang nie nk update sekali semua pogram untuk bulan lapan nie
hehehe.. :P

Pada 9.08.2009
Meraikan hari yang paling gembira seorang sahabat.
Dimana, setelah bertahun-tahun di MMU akhirnya
berjaya menamatkan pengajiannya di MMU
~Tahniah~






Pada: 11.08.09
Menyambut hari kelahiran seorang sahabat:
Semoga sentiasa bahagia hendaknya
hehe...


Klik Untuk picture penuh


Dan utuk yang terbaru:
15.08.09
Team Bola Kami Masuk "Cup championship "
walaupun tidak berjaya, tetapi aku bangga dengan team yang kita ader.

"kalah, tidak semestinya kalah untuk selamanya"
~ Good Luck for next sem~

klik tuk picture penuh

Read more
0

~ BAAZAR RAMADHAN 2009~

Assalamualaikum..The Usrah Institution (IU) Melaka Campus would like to invite any students, staffs and outsiders who are interested to participate in the "BAAZAR RAMADHAN 2009".

Date : 24th August 2009 – 17th September 2009
Venue : President Square
Time : 3.00 p.m. – 7.00 p.m.

Any interested vendor, please contact

Mr. Fakhrurazi – 0136285794
Ms. Suhailah – 0176637715
Read more
2

~ Selamat Pengantin Baru~


Apabila menyebut selamat pengantin baru,
pasti semua mengetahui yang satu majlis perkahwinan akan diadakan atau sedang berlansung..
pada 26.07.09 hari ahad, merupakan satu majlis perkahwinan yang telah berlansung
di kampung. pengantin perempuannya adalah merupakan sahabat aku pada masa zaman sekolah dahulu.. pada awalnya, aku betul2 macam tidak percaya.. betul ker??
rupa2nya, betullah dia.. huhu..
Apa pun selamat pengantin baru diucapkan.
Semoga berkekalan sehingga akhir hayat hendaknya..
Amin..

Antara berita yang paling mengejutkan aku,
sahabat karib masa sekolah menengah menjemput untuk datang ke majlis pertunangannya..
huhu.. Macam x caye jer..
rupanya dh besar2 kawan2 aku nie yer...
hehehe..
disini ingin memohon maaf sebab x dapat hadir.
kerana ada masalah x dapat dielakkan..
insya-allah, bila kamu kahwin nanti aku datang ;)

U All memang suka buat benda2 yang terkejut nie.. haish..





Read more
0

~ Mukhtamar Sanawi (AGM)~

Assalamualaikum… Dear friends,
Usrah Institution Melaka Campus would like to invite all members to attend one of our most important event; MUKHTAMAR SANAWI or the Annual General Meeting

TARIKH/DATE : 14.07.2009
MASA/TIME: 8.00 p.m.
TEMPAT/VENUE: EXAM HALL

SAPS point and refreshment will be provided.
Any enquiries please contact:

Shahrul - 0176536863
Hanif - 0133831863



*DIPETIK DARI IU WEBSITE
Read more
0

"Ice Breaking"

"Ice Breaking" merupakan pogram yang pertama, yang akan dijalankan oleh setiap kelab. tidak kisahlah cepat mahupun lambat, jauh ataupun dekat.
huhu...
Tujuan pogram ini dijalankan adalah untuk sesi "takruf"
atau sesi berkenalan
bagi semua ahli-ahli dalam kelab.

Dalam 2 minggu lepas, x habis2 dgn "Ice Breaking" huhu..
2 "Ice Breaking" dah aku join..
antaranya kelab "UPG" dan "Institusi Usrah".

alhamdulillah, kedua-dua kelab
dapat menjalankan aktiviti dengan jayanya.
Tahniah diucapkan kepada komiti2 yang telah bertungkus lumus
untuk menjayakan pogram "Ice Breaking".

GAMBAR HIASAN:

"ICE BREAKING INSTITUSI USRAH"


"ICE BREAKING UPG"




Read more
0

.::~ After Final Exam ~::.

blogku kian lama menyepi.. ini kerana beberapa bulan nie terlalu busy sehinggga x dpt nk update aper2 kat blog nie.. huhu.. apa pun, hari nie nk update cikit blog nie


Hari last Final exam ku hari Jumaat. After exam cepat2 bersiap nk g hotel Equatorial. Tujuan g hotel lepas exam,sebenarnya aku dan sahabt2 telah menganjurkan satu dinner yang di cetuskan oleh pensyarah kami. huhu... Tujuan dinner ini dijalankan adalah untuk meraikan sahabat2 yang akan menghabiskan jurusan diploma akaunting di Multimedia Universiti (MMU). Kepada kawan2 yang dah habis tu, jangan lupa kawan kat sini yer. Yang praktikal tu keje elok2. jangan banyak main yer.. ahaks



Habis jer dinner, cepat2 aku untuk pulang ke rumah walaupun dalam kepenatan. Tujuan balik cepat2 sebenarnya, aku ader temu janji dengan seseorang. Tapi akhirnya temu janji di batalkan. Walaupun sedih bile saat akhir jumpa dia kat mmu x dapat jumpa. Tapi apa kan daya, masa x membenarkan kami untuk berjumpa. apa pun good luck tuk dia yang sedang praktikal. keje elok2 yer.. Insya-Allah, satu masa nanti kita pasti akan berjumpa jika dipanjangkan umur..

Dan pada ke esokkan harinya aku pun pulang kerumah untuk menghabiskan masa cuti selama 2 mnggu.. huhu..

Klick disini Untuk dapatkan Picture Dinner






Read more
3

Kenangan bersamamu


Selamat pulang sahabatku..
inilah ungkapan yang dapat di ucapkan pada sahabatku yang selama ini, menjadi teman untuk berkongsi suka dan duka ku.. kenangan kita bersama akan menjadi satu kenangan yang x dapat dilupakan.. terima kasih diucapkan atas segala yang telah di berikan..

Inilah, adat sebuah kehidupan. setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
walaupun kita telah berpisah, x bermakna persahabatan kita akan berakhir sampai disini.
Apa yang ku harapkan, persahabat akan kekal sampai ke akhir hayat..
Insya-allah, suatu hari nanti kita akan bertemu..
selamat menjalankan kehidupan di luar

From Movies

Read more
5

1 minit mcm pelarian

minggu ni dah masuk minggu kedua aku exam.. sepanjang minggu nie macm2 perkara berlaku.. huhu.. ader peristiwa gembira, kelakar dan pahit.. hehehe..
yang paling penting, kertas2 exam dah macam membuhuhku.. :(

Dalam minggu nie juga, rumah ezam (exora) dah mcm rumah No. 2 aku kat melake. huhu..
kononnyer nk study.. :P tapi bile start study jer, mulelah mengantuk.. haish.. ades..

Nak masuk exora perlukan pas untuk masuk. masa pun limit sampai jam 10.00 pm.
klu nk dikirakan manelah cukup. Idea pada member, kirenyer masuk senyap2.. pada awal nyer aku pun tertanyer2. macam mane nk masuk senyap2?

Member pun bg cadangan, aper kate ko masuk bonet kerete?
sbb pak guard x check..
haha..
nak x nak, ikut jerlah cadangan tu..
aku dah rasa aku nie mcm pelarian lah pulak..
huhu...
x pernah dalam seumur hidup aku duduk dalam bonet kerete..
minggu exam nie telah tercipta satu sejarah dalam hidup aku..
"masuk dalam bonet kereta"
inilah kenangan yang x dapat dilupakan sampai bile-bile..

p/s: harap-harap 2 paper nie senang..





Read more
0

I Love U

"Happy Birthday Dad"



14.o5.1964 merupakan tarikh lahirnya ayah ku di dunia ini. Dalam usia ramaja beliau seorang yang aktive dengan sukan. Setiap sukan yang di masuki tidak pernah memberikan kekecewaan. Beliau seorang yang tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Dalam ketegasan beliau juga, mempunyai hati yang penyayang.

Walaupun tarikh 14.05.2009 telah meningkatkan usia beliau, Beliau tetap "Hero" dalam hati saya.
" I love my dad"

p/s :memohon kemaafan pada ayah sbb x sempat
nk sambut birthday ayah. Sbb busy ngan exam.. :(










Read more
6

Minggu Exam

Kini selesailah segala assgmnt dan prsnttn..
Dan bermulalah kerier aku sebagai student untuk study sebagai
kelengkapan untuk berperang (exam).. haha...
Bile dengar bunyi nk study, mcm poyolah pulak.. hehe..
Apa pun poyo x poyo, kene jugak study.. exam dh nk dekat..
huhu...

Ucapkan ribuan terima kasih pada lecturer-lecturer atas segala ilmu yang diberikan.
Halalkan segala ilmu yang telah dipelajari..
Memohon kemaafan juga pada lecturer jika ada salah dan silap secara x sengaja
mahupun sengaja.. :P
hehe..
Doakan kejayaan kami..
Good Luck kepada semua sahabat yang akan menghadapi exam..

~Gambar2 Akhir presentation~
Klick disini
Read more
3

Biro Akademik

Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih pada biro akademik kerana sudi menjemput saya bagi jamuan yang diadakan semalam. Walaupun jauh tempat destinasi, tetapi suasananya memberikan ketenangan dengan duruan ombak serta tiupan angin yang menyenangkan.

Dengan kesempatan ini juga, saya selaku ketua biro ekonomi ingin memohon maaf diatas ketidak sempatan saya untuk mengadakan jamuan yang diadakan seperti biro akademik. Ini kerana, terlalu banyak yang perlu saya selesaikan sehingga terlupa dengan jamuan akhir kita "Biro Ekonomi". Ucapan "Good Luck!!" juga pada semua yang akan menghadapi exam pada minggu depan.

Jamuan Biro Akademik




Nk LihAt LaGi??
klick di sini
Read more
2

Dinner silat "09"

POGRAM:
"JAMUAN AKHIR TAHUN PERSATUAN SILAT CEKAT USTAZ HANAFI"
TARIKH: 9.05.2009
TEMPAT: HOTEL KING



Nk LihAt LaGi??
klick disini
Read more
0

Happy Mothers Day


"I LOVE U MOM"..
~Ibuku adalah segala-galanya~

Read more
5

Sembang-sembang "REMAJE"

Dalam usia remaja, masalah cinta sering dikaitkan dengan mereka. Bermacam definisi yang mereka berikan mengenai cinta. Itu terpulang kepada masing-masing ingin menyatakan atau menghuraikan maksud cinta yang sebenar.

Masih single??

Beragam cinta yang ada dalam kehidupan sehari-hari, kadang berakhir menyenangkan dan kadang menyedihkan, tapi tidak seharusnya manusia terlena dan hanyut akan cinta. Cinta diibaratkan seperti kupu-kupu. Semakin dikejar semakin jauh ia menghindar. Tetapi jika ia dibiarkan terbanng bebas, dalam tidak sedar ia akan semakin menghampiri tanpa diduga.
Cinta boleh membahagiakan tetapi sering juga akan menyakitkan. Cinta itu hanya istimewa apabila diberikan pada seseorang yang layak menerimanya. Jadi jangan perlu terburu-buru mencari cinta. Jika benar sesuatu itu milikmu, ia tidak akan kemana-mana. Qada' dan Qadar di tangan tuhan.

Takut untuk mengakui??

Takut untuk mengakui bukan satu persoalannya.
Kadang-kadang jika kita terlalu berani, akan memberikan mudarat pada diri sendiri. Ia akan menyakitkan apabila cinta yang akan diakui tidak akan dihargai.

Takut tidak dapat menerima kenyataan??

Sebagai seorang insan, Untuk mengetahui kenyataan yang sebenar tidak lari pada lumrah seorang manusia. Kadang-kadang kenyataan yang sebenar, akan menyebabkan seseorang itu tersungkur dan susah untuk bangkit kembali. Jadi haruslah berhati-hati dalam apa sahaja setuasi.

Ingin menguasai??

Hatimu patah melihat yang cintamu berbahagia dengan orang lain, tapi akan lebih sakit lagi mengetahui yang kau cintai ternyata tidak bahagia denganmu. Jadi jangan sesekali memaksa seseorang untuk mencinta. Sanggupkah melihat ia menderita?? Jadi biarlah ia pergi jika itu adalah kebahagiaannye.

Patah hati??

Dalam apa setuasi ia patah hati tidak lari dalam percintaan. Haruslah bertahan dan membina semangat baru. kehidupan harus diteruskan. Jangan sesekali goyah. Ambil ia satu pengajaran dalam kehidupan dan mungkin ada hikmah disebaliknya.

PlAYBOY/PLAYGIRL

Jangan sesekali mengatakan 'Aku cinta padamu' bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan, bila tidak benar-benar ada. Jangan sentuh hidup seseorang jika sekadar bepura-pura dengannya. Hal terkejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, padahal kau tidak berniat pun 'tuk menerimanya' saat ia terjatuh.........

Masih mencintai orang yang sudah pergi??

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta, kemudian pada akhirnya menyadari bahwa dia bukanlah jodohmu. Kalau sekarang ia sudah tak layak, 10 tahun mendatangpun ia juga tak akan layak. Biarkan dia pergi, lupakan.......!!
dOakan kebahagiannya

~ CINTA ITU BAHAGIA, BUKAN TERSIKSA~




Read more
6

Marilah Berdamai

"Marilah Berdamai"
merupakan tajuk yang akan saya ulaskan kali ini.
sejak kebelakangan ini, masalah sering menimpa diri yang lemah ini..

Masalah akan sentiasa menimpa pada sesiapa sahaja.
Apa yang penting, macam mana untuk kita menyelesaikan masalah tersebut.
Kadang-kadang masalah itu, boleh menjadikan hubungan sesama manusia menjadi renggang.
Menyebabkan saling tidak betegur siapa.

Disini, saya ingin menyeru kepada diri saya sendiri serta sahabat-sahabat,
Marilah kita buka buku baru. Tinggalkan buku yang lama yang menghilangkan hubungan
persahabat yang telah lama kita jalinkan.
"Buanglah yang keruh, Ambil yang jernih"

Marilah kita melihat kembali dan merenung bersama.
kesalahan ini tidak terletak pada mereka sahaja.
Besar kemungkinan, punca masalah ini juga terletak pada kita.
Kesempatan ini juga,
ingin saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau terpukul mana-mana.
Saya hanyalah insan biasa, yang tidak lari dari melakukan kesilapan

"Salam Kemaafan"
(Mulakan pendamaian)
Read more
7

Akhirnya..

Alhamdulillah..
selesai juga, kerja-kerja selama ini..
Walaupun pelbagai masalah yang telah di hadapi, tetap kite teruskan..
"Biarpun bara api dihadapan kita, akan kite harungi bersama!!!"..
Allahhuakbar!!!

Dengan kesempatan ini, ingin ku mengucapkan sekalung tahniah kepada semua ahli-ahli presentation kerana telah berjaya sampai kemuncaknya dan bertahan diatas segala cabaran yang dihadapi. Alhamdulillah, keputusan yang kite perolehi bagiku amat memuaskan..

Tidak lupa juga, sekalung "terima kasih" yang tidak terhingga, pada mereka yang telah membantu kami secara lansung mahupun tidak lansung. Tanpa mereka, tidak dapat kami sempurnakan segala kerja-kerja ini..

~kepada mereka yang bermasalah.. Lu, pikirlah sendiri~

Ini AdaLaH GamBaR-GaMbaR PreSeNtAtIoN
(Biarlah Gambar Yang Berbicara)



~Nie Die PeNgantiN~

~KuMpUlaN CaMpURaN~

~Cih McM PoYo LaH PuLaK~
hehe.. :P

~AdEr PaK LeBai BaJu IjAU~

~????~


Read more
2

Geram!!

Hai.. Geram betul dibuatnya.. Lagi2 masalah kumpulan assgmnt.. Haih.. Aperkah?? mengapakah??.... Hari dah dekat dah nie.. aperlah.. pening aku di buatnya..

Dah satu selesai.. timbul lagi satu masalah.. Aku pun tidak faham mengapa masing-masing x boleh jadi profesional?? Kalau betullah ada masalah peribadi.. tolonglah, jangan sama kan dengan masalah kumpulan.. Please!! pada awalnya aku masih boleh untuk bersabar.. tapi pada malam ini, betul2 menguji kesabaran aku..

Jangan sesekali menguji kesabaran aku.. klu betul ada yang nk keluar dari kumpulan.. terpulang!! aku dah malas nk mempertahankan apa-apa lagi. Kepada ketua kumpulan, kuasa ini terletak di tangan anda. Akan ku sokong 100% apa yang di putuskan..

apa yang penting kat sini aku x nk bermusuh dengan sesiapa.. terpulanglah kepada yang bermasalah.. klu nk benci aku, bencilah.. dah malas aku nk melayan kerenah u all..

~sekian~
Dan Terima kasih juga kerana menyusahkan orang lain last minit..
(Masih Dalam keadaan Geram)


Read more
2

Happy Birthday

Happy Birthday!! .. itulah ungkapan yang pertama ku ungkapkan pada adikku yang comel nie.. hehe.. tidak lupa juga kepada Pak Lang Said.. Happy Birthday.. Tq for my uncle because celebrate birthday with my comel.. hehe.. ;)

~BIARLAH GAMBAR YANG BERBICARA~


Si cOmel PeNuH BerGaye.. hehe

AkSi PotOnG kEK
(Si CoMeL DaN pAk LaNG)


~GaMBaR kEK~

PoTOnG JgN x PotOnG.. hehe..



Read more
1

IU Dinner

Pada 19.04.2009 satu jamuan telah diadakan yang dianjurkan oleh "Institusi Usrah". Alhamdulillah, makanan-makanannya sangat sedap.. nyam-nyam :P Sepanjang jamuan tersebut, Kami telah mengadakan satu lakonan yang bertajuk "Budak Kampung". Walaupun saya merasakan agak serabut ketika lakonan, Tapi disini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelakon2 yang memberikan kerjasama dengan baik.. terima kasih lagi sekali.. :) Dengan kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada komiti "IU DINNER" yang telah berhempas pulas untuk menjayakan pogram ini.. ;)




Ini adalah diantara pelakon2 yang telah berlakon pada jamuan "IU DINNER" hehe.. :P


InI AdaLAh KEtuA SaMsEnG
(Dlm Lakonan jer, Kat Luar Mereke Baik )

mAse NiE KaMi KaT KeDaI MaMAK

TeNgah LaWan TanGaN

ItU DiE AkHiRnYa HIRO MeNang.. Hehe..

SeBeluM BerLakoN. SeMua TuNjuk MacHo Yer .. :P

SeMua ALa-Ala KaMpung.. MaKlumlah TeManYe Ala2 kamPuG



Read more
0

Cahaya di luar, tapi suram di hati

Apabila dilanda musibah, hati yang tabah akan menjadi rebah.. :(

Apekah?? Mengapakah?? Oh Tidakk...!!
semenjak beberapa hari ini, banyak perkara yang menyedihkan sentisa menimpa aku.. :( Oh tidak...!!! satu demi satu.. Kadang2 membuatkan diri ini seperti tidak keruan.. :(

Mengapakah ini perlu berlaku?? banyakkah dosa2ku ya allah?? sehingga banyak musibah yang telah ko berikan pada diri yang kerdil ini.. Ya allah, tidak sanggup aku tanggungnya ya allah.. Hamba adalah insan yang kerdil yang tidak mampu menanggung semua ini.. ringankanlah ya allah segala bebanan ini.. :(

Ya allah, kuatkanlah diri ini.. Bagi menempuhi segala cabaran di dunia ini..


Read more
2

Perkhemahan Belia Melaka 2009




Pada minggu lepas, ketidak adaan saya di kampus melaka, adalah kerana saya telah menyertai satu perkhemaha yang telah di anjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).Perkhemahan ini bermula pada 3 - 5 April 2009 bertempat di Hutan Lipur Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan disana. Alhamdulillah, segala pengisian disana amat menyeronokkan. Yang penting dekat sini, kumpulan saya telah menjadi tempat pertama dalam perkhemahan ini antara kumpulan yang lain. hehehe..

Dengan kesempatan ini juga, saya ucapkan tahniah pada Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Melaka, yang telah menganjurkan pogram ini. Semoga, akan datang pogram ini akan sentiasa dijalankan.. :)




Read more
0

ADUHAI 4 ORANG ISTERIKU

Cerita ini sekadar dikongsikan bersama. sedang ku membelek komputer, aku telah membaca blog seorang sahabat. Cerita yang ditulis sangat menarik. Sehinggakan aku terpaku buat seketika apabila membacanya. Jadi dengan kesempatan ini, inginku kongsikan bersama sahabat2.

ADUHAI 4 ORANG ISTERIKU

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
Read more
 

Friends